Sunday, March 6, 2011

Aiskrim susu badan


Cerita kosmo:





LONDON - Sebuah restoran di sini menjual aiskrim yang diperbuat daripada susu badan wanita. Restoran tersebut yang terletak di Covent Garden menjual ais krim pelbagai perasa itu pada harga £14 (RM68.86) dan diberi nama Baby Gaga.

Pihak pengurusan aiskrim itu kini mencari lebih ramai wanita untuk membekalkan susu badan dan diberikan upah. Wanita yang mengeluarkan susu badan sebanyak 283.49 gram akan diberikan wang sebanyak £15 (RM73.77).

Salah seorang pembekal susu itu menyatakan dia pada mulanya melihat iklan yang menyatakan bayaran akan diberi kepada wanita yang boleh membekalkan susu badan.

Menurutnya, jika golongan dewasa mengetahui betapa sedapnya rasa susu badan, ibu-ibu yang baru melahirkan anak akan lebih bersedia untuk menyusukan anak. (uwek ..)

Apa nak jadi dah,nasib baik bukan di negara ni...idea siapala ni

No comments:

Post a Comment

Exchange LINK

 
Dear Diary Blogger Template