Sunday, February 13, 2011

Today! Bad or lucky day?


Seumur hidupku tidak pernah aku mengalami kejadian sebegini. Hampir 1 pagi aku menerima sms dari seorang yang amat dekat denganku,memberitahu dia dipukul oleh rakan-rakan di kortesnya.Kortes tersebut disediakan oleh syarikat tempat mereka bekerja.Gila!,rasa risau apatah lagi aku cuba menghubunginya dan hanya terdengar suara-suara kasar selain persekitaran yang bingit.

Aku cuba menghubungi salah seorang ahli keluarganya,tapi hampa!makin risau aku.nasib baik dia boleh bersms denganku,itu pun secara bersembunyi.aku cuba memberitahu agar melaporkan masalah tersebut kepada polis tetapi dia melarang kerana takut dengan keselamatannya.Mereka yang menyerang membawa senjata tajam bersama.Aku hanya berdoa agar dia tidak diapa-apakan dan kebingungan ini berakhir.

Jam 3 pagi aku menerima sms lagi,dia mengatakan semua dah berakhir,tiada apa perlu dirisaukan lagi,alhamdullilah aku bersyukur.Dia diserang oleh tiga orang rakan serumahnya,seorang mabuk dan 2 orang lagi sedar.moga mereka mendapat balasan yang setimpal.Jam 5 pagi baru aku dapat tidur.Pekara ini mungkin berlaku kerana dia pernah menegur mereka meminum arak di kortes tersebut.

Keesokan paginya,aku berjumpa dengannya selepas membuat laporan polis,aku lihat muka yang agak lebam dan sedikit luka di bahagian telinga.Aku gembira bila dia boleh tersenyum dan berkata tidak mengapa,sedikit sahaja.Aku berharap peristiwa sebegini tidak berulang lagi pada dirinya dan aku harap orang-orang yang aku kenali akan terus bahagia menjalani kehidupan ini.

No comments:

Post a Comment

Exchange LINK

 
Dear Diary Blogger Template